Thursday, February 6, 2014

Manusia jenis apakah kita?Adakah hadir kita menggembirakan atau menyedihkan?

Salam alaykum

Manusia ini macam-macam jenis:

1.ada yang membahagiakan orang-orang yang dia sayangi, orang-orang yang menyayanginya
2.ada yang menggembirakan rakan-rakan tetapi membuatkan ahli keluarga terdekat menangis
3.ada yang tidak gembira tetapi menyembunyikan perasaan agar tidak menggugat kegembiraan orang2 yang disayanginya
4. ada yang menggembirakan pasangannya yang sah dan anak-anaknya tetapi serius dengan orang lain

Tapi tahukah kita bila tiba masanya kita dijemput Illahi , siapakah yang paling sedih di antara manusia yang sedih meratapi pemergian kita? 'Flirting partner(s) di ofis ? Atau 'gundik2 di luar rumah? Teman sejawat yang setia? Bos tempat kerja yang sangat kita taati?Kekasih gelap? Mereka2 bukan mahram yang amat kita hargai perasaan mereka dan 'melayan' mereka di Whatsapp/ WeChat/ Facebook/ Twitter/ sms etc hingga berjela2 mesej sehari? Secret admire? Kaki2 'like' dalam fb ?teman sehobi?

Ketahuilah sesungguhnya ibu bapa, suami,isteri,anak-anak dan adik beradiklah orang yang paling sedih di atas pemergian seseorang. Sudah beberapa kematian saya hadiri untuk menziarahi keluarga simati.Yang nyata dan hakikatnya, isteri dan anak-anaklah insan yang paling bersedih di atas kematian seorang suami..diikuti ibubapa dan adik beradik. Merekalah yang paling merasai kehilangan arwah itu, merekalah yang paling lama teringat-ingat akan si arwah...bukan sekadar berhari-hari malah berbulan-bulan dan bertahun.Isteri dan anak-anaklah akan kehilangan tempat bergantung, tempat berkasih-sayang. 

Tapi kenapa manusia amat tidak menghargai insan-insan ini? Kenapa lebih memberatkan dan menjaga hati dan perasaan orang lain yang hanya akan bersedih sehari di atas kematian kamu itu?Kenapa masa yang berharga itu diluangkan dengan baik pada teman-teman dan amat 'kedekut' dengan ahli rumah sendiri? Kenapa hati murah sangat menuruti permintaan insan yang tiada ikatan yang sah dengannya tetapi menzalimi hati insan yang akan meratapi pemergiannya sepanjang hayatnya? Zalim...zalim...zalim.. Tapi Allah Itu Maha Adil.

Pilihlah manusia jenis mana kita mahu jadi? 
Kelak balasan dan ganjaran yang seadilnya akan menyusul dari Ilahi.

(Gambar hiasan)

No comments: