Tuesday, January 21, 2014

Countdown my next 10 km run

What have I been doing lately?  I've been quite a food adventurer with darling hubby. Enjoying the joy of baking, in fact baking brings joy to the whole family. there were carrot cake, curry puffs. And what about my calorie ? I haven't been updating my calories counter app for centuries.. I set my alarm clock so that I could wake up and run early in the morning... but it all turned into dreams.I only run outdoor on weekends and a couple of run on my tredmill. 

Let's get back to serious business here. Stick to my goal to lose 20 kgs this year.. that'll be 1.66 kg per month ! 

Wednesday, January 15, 2014

Pengorbanan untuk apa?

Sering kita dengar nasihat supaya berkorban untuk orang yang kita sayangi sebagai bukti kita menyayanginya. Kalau difikir-fikirkan sedalam-dalamnya , mungkin kita akan bertanya pada diri sendiri untuk apa? dan apa yang aku dapat jika aku berkorban? Sesungguhnya, seikhlas pengorbanan adalah niat utama kerana mengharapkan keredhaan Allah. Ibu yang berkorban untuk keluarga , inshaaAllah akan mendapat keredhaan Allah.Begitu juga isteri yang berkorban untuk suami,anak yang berkorban untuk ibubapanya, jangan ditanya apakah ganjaran dunia.Di dunia mungkin kita tidak akan dapat penghargaan setimpal dengan apa yang kita korbankan, tetapi yakinlah bahawa Allah Maha Mengetahui dan seluruh penduduk langit mendoakan hamba Allah yang berkorban dengan ikhlas walaupun penduduk bumi tidak merai'kannya. Meletakkan kepentingan orang yang kita sayangi lebih dahulu dari kepentingan diri sendiri, itu juga satu pengorbanan. Berharaplah dan terus berharap dari Allah Yang Maha Esa.Rai'kanlah cinta dan zahirkan cinta yang paling utama pada Allah. Berkorban untuk insan yang kita sayangi untuk mengharapkan redha Allah.
"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat)" -Surah Al-Mulk :2