Sunday, May 15, 2016

Hari Anugerah 2016 (Sekolah Kiki)

Assalam

InsyaAllah lusa Kiki akan terima anugerah dari YM Tengku Puteri Negeri Kedah untuk Protune dan Robotik sebagai juara Negeri Kedah. Kiki akan terima hadiah sebagai Ketua Kumpulan. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah atas limpah kurniaNya. Semoga Allah menambahkan lagi nikmatNya dan jafikan kami semua hambaNya yang bersyukur. 
Proud of you son! Semoga adik-adik pun mengikut jejak langkah kakak dan abang yang kreatif dan tekun berusaha.

Will be driving back to Kedah insyaAllah to attend the ceremony.

Sunday, July 5, 2015

10 Malam Terakhir Di Bulan Ramadhan

Assalamualaykum 

Sabtu lepas pergi shopping baju raya dengan anak-anak perempuan dan kakak saya.. lebih kurang 'girls' day out'. Terdengar lagu-lagu Raya berkumandang dalam AEON tu sambil mengingatkan saya zaman meriahnya bila nak dekat Raya. 

Tapi kata-kata anak sulong saya memang menyentuh hati... 
Kata Nada,"Mama rasa sedihlah bila dengar lagu2 raya"
Saya pun tambah" Pasaipa? Lagu2 raya Melayu memang sedih-sedih".
Anak saya balas,"Bukan macam tu, bila dengar lagu2 raya ni rasa raya dah nak dekat.. pastu bulan Ramadhan pun dah nak habis... rasa sedih bulan Ramadhan dah dekat nak habis".

MasyaAllah, terus terdentum dalam hati saya, itulah tandanya Nada terasa lazatnya iman dalam hati. Perasaan sedih  berpisah dengan Ramadhan jugalah perasaan yang dialami sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.

Semoga Allah SWT menyuburkan iman di dalam hati-hati kami dan jadikan zuriat keturunan kami mereka yang peroleh kejayaan di dunia dan akhirat.

Sudah menghampiri malam ke-20 , semoga kita menyediakan diri untuk mengejar dan bertemu Lailatulqadr, malam yang lebih baik dari 1000 malam, malam yang ditentukan kadar umur,rezeki dan keberkatan hidup insan. 


Saturday, July 12, 2014

Hikmah surah-surah dalam Al-Quran


Assalamualaykum
 
Posting ini saya dapat dari fb , tidak diketahui siapa yg buat poster ini tapi saya kira amat menarik dan ringkas. Terima kasih .
Apapun saya ingin berkongsi , moga menjadi peringatan dan rujukan untuk diri sendiri dan anak-anak saya dalam kehidupan mereka. 
Allah sebaik-baik pelindung.


Saturday, February 8, 2014

Penawar kehidupan

Salam alaykum

Sekadar ingin berkongsi sedikit ilmu saya perolehi semasa satu majlis ilmu waktu usia saya 21-22 tahun. 
Ayat 200 Surah Ali Imran amat baik dijadikan zikir harian untuk mendapatkan hati yang sabar , tenang dalam menghadapi kehidupan, ahli keluarga yang serabut dan panas baran etc.Inshaa Allah ada perbezaan. Kita harus yakin berkatnya ayat al-Quran yang menjadi wahyu diturunkan untuk Baginda Rasulullah s.a.w. dan seluruh umat manusia. Jom beramal!

Friday, February 7, 2014

Mendaki Apek Hill

As Salam

Rentetan ketagih naik bukit Mertajam minggu lepas, minggu ni naik Apek Hill or   Bukit Awana Cheras. Sekadar nak intoduce aktiviti mendaki ni pada anak saya yang kecil supaya lama-kelamaan kami boleh pergi mendaki bukit bersama-sama sekeluarga... inshaaAllah Gunung Kinabalu ke satu hari nanti. 

Banyak juga manfaat mendaki ni pada anak-anak i.e. menghindari  shopping mall or aktiviti buang duit hujung minggu, elakkan jadi couch potato etc. Selain tu, dapat udara segar masuk hutan pagi-pagi.
Jalan Denai Apek Hill
InshaaAllah minggu depan naik bukit 2,3 pula. 
Chow!

Thursday, February 6, 2014

Manusia jenis apakah kita?Adakah hadir kita menggembirakan atau menyedihkan?

Salam alaykum

Manusia ini macam-macam jenis:

1.ada yang membahagiakan orang-orang yang dia sayangi, orang-orang yang menyayanginya
2.ada yang menggembirakan rakan-rakan tetapi membuatkan ahli keluarga terdekat menangis
3.ada yang tidak gembira tetapi menyembunyikan perasaan agar tidak menggugat kegembiraan orang2 yang disayanginya
4. ada yang menggembirakan pasangannya yang sah dan anak-anaknya tetapi serius dengan orang lain

Tapi tahukah kita bila tiba masanya kita dijemput Illahi , siapakah yang paling sedih di antara manusia yang sedih meratapi pemergian kita? 'Flirting partner(s) di ofis ? Atau 'gundik2 di luar rumah? Teman sejawat yang setia? Bos tempat kerja yang sangat kita taati?Kekasih gelap? Mereka2 bukan mahram yang amat kita hargai perasaan mereka dan 'melayan' mereka di Whatsapp/ WeChat/ Facebook/ Twitter/ sms etc hingga berjela2 mesej sehari? Secret admire? Kaki2 'like' dalam fb ?teman sehobi?

Ketahuilah sesungguhnya ibu bapa, suami,isteri,anak-anak dan adik beradiklah orang yang paling sedih di atas pemergian seseorang. Sudah beberapa kematian saya hadiri untuk menziarahi keluarga simati.Yang nyata dan hakikatnya, isteri dan anak-anaklah insan yang paling bersedih di atas kematian seorang suami..diikuti ibubapa dan adik beradik. Merekalah yang paling merasai kehilangan arwah itu, merekalah yang paling lama teringat-ingat akan si arwah...bukan sekadar berhari-hari malah berbulan-bulan dan bertahun.Isteri dan anak-anaklah akan kehilangan tempat bergantung, tempat berkasih-sayang. 

Tapi kenapa manusia amat tidak menghargai insan-insan ini? Kenapa lebih memberatkan dan menjaga hati dan perasaan orang lain yang hanya akan bersedih sehari di atas kematian kamu itu?Kenapa masa yang berharga itu diluangkan dengan baik pada teman-teman dan amat 'kedekut' dengan ahli rumah sendiri? Kenapa hati murah sangat menuruti permintaan insan yang tiada ikatan yang sah dengannya tetapi menzalimi hati insan yang akan meratapi pemergiannya sepanjang hayatnya? Zalim...zalim...zalim.. Tapi Allah Itu Maha Adil.

Pilihlah manusia jenis mana kita mahu jadi? 
Kelak balasan dan ganjaran yang seadilnya akan menyusul dari Ilahi.

(Gambar hiasan)

Tuesday, February 4, 2014

Performing Wudhu' with down pouring rain

Assalamualaykum

This is a piece of article that really makes me happy... because when I was a child I loved to play in the rain. 


http://fiqhulhadith.wordpress.com/2012/06/06/the-forgotten-sunnah-standing-in-the-rain/